top of page
Nuveq
mydigital ID integrated with Nuveq Access Control System
MySTI
made in malaysia
Malaysia Digital
  • Instagram
  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • Youtube
  • TikTok

NOTIS PRIVASI

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") telah berkuatkuasa sejak 15 November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial.


Di bawah PDPA, NUVEQ Sdn. Bhd. (“NUVEQ” atau “kami”) dikehendaki memaklumkan kepada anda mengenai hak-hak berkenaan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpul dan kemudiannya diproses oleh kami serta tujuan pemprosesan data.


Notis Privasi ("Notis") ini terpakai kepada semua data peribadi yang dikumpulkan melalui interaksi anda dengan kami, termasuk melalui laman web kami di https://www.nuveq.net/ ("Laman Web"), aplikasi mudah alih kami ("Aplikasi"), serta akses kawalan berasaskan awan dan produk dan perkhidmatan yang berkaitan (dirujuk secara kolektif sebagai, "Produk dan Perkhidmatan").


Dengan berinteraksi, mengakses atau menggunakan Laman Web atau Aplikasi kami, menggunakan atau penggunaan terus Produk atau Perkhidmatan kami, atau menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemindahan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami mengikut Notis ini dan PDPA.
 

1. Data Peribadi yang Kami Kumpulkan


Bergantung pada hubungan kami dengan anda, kami mungkin mengumpul Data Peribadi anda seperti nama, nombor pengenalan, jantina, kewarganegaraan, gambar atau maklumat audio-visual lain, nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, interaksi anda dengan Laman Web atau Aplikasi kami, dan sebarang maklumat lain yang berkaitan dengan mana-mana individu yang anda berikan kepada kami dalam apa jua bentuk yang diserahkan kepada kami, atau melalui kaedah interaksi lain dengan anda (dirujuk secara kolektif
sebagai, "Data Peribadi").
 

1.1. Laman web


Apabila anda melawat Laman Web kami, kami mungkin akan mengumpul maklumat secara automatik melalui kuki dan teknologi penjejakan yang serupa, termasuk data log seperti alamat IP anda, jenis pelayar, halaman yang dilawati dan masa yang dihabiskan melawati halaman tersebut. Sila rujuk Seksyen 7 (Laman Web dan Kuki) untuk maklumat lanjut.


1.2. Aplikasi


Apabila anda menggunakan Aplikasi kami, kami juga boleh mengumpul: maklumat peranti seperti ID peranti mudah alih anda, model, pengeluar, versi sistem operasi dan nombor telefon; maklumat geolokasi (secara berterusan atau semasa anda menggunakan Aplikasi) untuk membolehkan fungsi berasaskan lokasi yang diperlukan untuk pengendalian Aplikasi; akses kepada Bluetooth dan simpanan peranti anda, yang diperlukan untuk penggunaan Aplikasi; dan token notifikasi tolak untuk menyampaikan notifikasi sistem dan akaun. Notifikasi tolak diperlukan untuk mengemas kini ciri dan fungsi Aplikasi.


1.3. Data biometrik dan akses


Sekiranya anda berinteraksi dengan sistem kawalan akses kami, termasuk terminal pengecaman wajah, terminal pengecaman urat tapak tangan (palm vein recognition terminals) atau sistem ANPR yang digunakan di premis menggunakan Produk dan Perkhidmatan kami, kami atau pelanggan kami (seperti yang berkenaan) boleh mengumpul pengecam biometrik dan data akses peristiwa, termasuk rekod masuk dan keluar, imej, serta templat pengecaman wajah atau urat. Data tersebut merupakan data peribadi sensitif dan akan dikendalikan sewajarnya menurut Seksyen 2 di bawah.


2. Data Peribadi Sensitif


Kami secara amnya tidak mengumpul atau memproses sebarang Data Peribadi sensitif kecuali sekiranya persetujuan nyata telah diperoleh daripada anda, atau sekiranya pemprosesan tersebut dibenarkan atau dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda secara sukarela memberikan sebarang Data Peribadi sensitif kepada kami, anda dianggap telah memberikan persetujuan nyata secara perlakuan kepada kami untuk mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau memproses Data Peribadi sensitif tersebut hanya untuk tujuan data tersebut diberikan, sekiranya ia adalah munasabah untuk Data Peribadi sensitive tersebut diberikan secara sukarela, dan selaras dengan PDPA.


Data peribadi sensitif termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:


• keadaan kesihatan fizikal atau mental anda;
• pendapat politik anda;
• kepercayaan agama anda atau kepercayaan lain yang serupa;
• perlakuan atau dakwaan perlakuan sesuatu kesalahan oleh anda; dan
• data biometrik (termasuk templat pengecaman muka, data urat tangan dan pengecam biometrik berkaitan yang diproses melalui Produk dan Perkhidmatan kami).
 

3. Cara Kami Mengumpul Data Peribadi


Secara amnya, kami mengumpul Data Peribadi melalui cara-cara berikut:


• apabila anda mengemukakan sebarang permohonan untuk Sistem Kawalan Akses Berasaskan Awan atau sebarang perkhidmatan lain yang berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan NUVEQ;
• apabila anda memasuki sebarang perjanjian atau memberikan dokumentasi atau maklumat lain yang berkaitan dengan interaksi anda dengan kami atau apabila anda menggunakan mana-mana Produk dan Perkhidmatan kami;
• apabila anda berinteraksi dengan pekerja kami, termasuk pegawai perkhidmatan pelanggan, sebagai contoh, melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, mesyuarat secara bersemuka, platform media sosial dan e-mel;
• apabila anda menggunakan perkhidmatan elektronik kami, atau berinteraksi dengan kami melalui Laman Web atau Aplikasi kami;
• apabila anda meminta kami menghubungi anda atau meminta untuk dimasukkan ke dalam e-mel atau emel surat menyurat lain;
• apabila anda memberi respons kepada promosi, inisiatif kami atau sebarang permintaan untuk Data Peribadi tambahan;
• apabila imej anda dirakam oleh kami melalui kamera CCTV atau sistem pengecaman wajah semasa anda berada di premis kami, atau melalui gambar atau video yang diambil oleh kami atau wakil kami apabila anda menghadiri majlis di premis kami;
• apabila kami menerima rujukan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak ketiga, sebagai contoh, apabila anda dirujuk oleh mereka dengan persetujuan anda; dan
• apabila anda menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami atas sebarang sebab-sebab lain.
 

4. Tujuan Pemprosesan


Secara amnya, NUVEQ mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi anda
untuk tujuan berikut:


• untuk memudahkan penyediaan kawalan akses berasaskan awan dan/atau Produk dan Perkhidmatan berkaitan yang dengan permintaan anda;
• untuk penyelenggaraan pangkalan data pelanggan dan proses berkaitan perkhidmatan pelanggan;
• untuk tujuan pengebilan dan pemprosesan pembayaran;
• untuk menghubungi anda;
• untuk memberikan anda sebarang kemas kini, notifikasi atau maklumat yang mungkin menarik minat anda;
• untuk menjawab pertanyaan anda;
• untuk tujuan pentadbiran dan perniagaan NUVEQ;
• untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang dan peraturan;
• untuk tujuan analisis dan perancangan termasuk rekod sejarah dan statistik;
• operasi dan penyelenggaraan am bagi perkhidmatan yang disediakan oleh NUVEQ;
• menyiasat aduan dan transaksi yang disyaki mencurigakan; dan
• sebarang tujuan lain yang berkaitan secara munasabah dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
 

Anda haruslah memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan ketidakupayaan kami untuk menyediakan Produk dan Perkhidmatan yang anda minta, atau kelewatan dalam memproses permohonan anda. Bergantung kepada tujuan Data Peribadi dikumpulkan, anda mungkin diwajibkan untuk memberi Data Peribadi yang tertentu bagi membolehkan kami memproses permintaan anda dan menyediakan Produk dan Perkhidmatan kami. Jika perlu, Data Peribadi mandatori yang diperlukan akan diberitahu ketika waktu pengumpulan. Sila maklum bahawa kegagalan untuk memberikan sebarang Data Peribadi mandatori boleh mengehadkan, melambatkan, atau menjejaskan keupayaan kami untuk memberikan respons secara efektif terhadap permintaan, pertanyaan, atau permohonan anda.
 

5. Penzahiran Data Peribadi Anda
Kami mungkin menzahirkan Data Peribadi kepada pihak-pihak yang dinyatakan di bawah untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan di atas. Dengan terus berurusan dengan kami, anda telah bersetuju kepada penzahiran dan pemindahan rentas sempadan ke atas Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga tertentu sama ada di dalam atau di luar Malaysia, di mana penzahiran atau pemindahan tersebut adalah perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas. Berikut adalah senarai pihak-pihak ketiga dan senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa:


• Syarikat berkaitan dan pekerja NUVEQ;
• Ejen dan kontraktor kami (termasuk mereka yang berada di luar negara) yang menyediakan Produk dan Perkhidmatan berkaitan dengan tujuan Data Peribadi dikumpulkan;
• Penyedia perkhidmatan pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data;
• Penyedia perkhidmatan pengesahan identiti digital bersepadu kerajaan, apabila anda menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mengesahkan identiti anda melalui sistem atau premis kami;
• Sekiranya kelewatan atau kegagalan pembayaran telah berlaku, kepada peguam kami yang dilantik, agensi kutipan hutang atau agensi pelaporan kredit;
• Mana-mana rakan kongsi perniagaan, pelabur, penerima serah hak atau pemindah hak (sebenar atau bakal) untuk memudahkan transaksi aset perniagaan;
• Penasihat profesional kami seperti perunding, juruaudit dan peguam;
• Kementerian kerajaan, pengawal selia, badan berkanun atau pihak berkuasa yang berkaitan atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mematuhi sebarang undang-undang, peraturan, garis panduan atau skim yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan;
• Mana-mana individu yang tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan yang telah bersetuju untuk memastikan data tersebut kekal sulit; dan
• Mana-mana pihak lain yang telah diberikan kuasa oleh anda kepada kami untuk menzahirkan Data Peribadi anda.
 

Kami juga boleh menzahirkan Data Peribadi sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau dengan niat baik, jika tindakan tersebut diperlukan untuk (i) mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak atau harta benda NUVEQ dan kakitangannya.
 

Mengenai penzahiran atau pemindahan Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda dizahirkan atau dipindahkan selaras dengan PDPA. Sekiranya sebarang penzahiran atau pemindahan dibuat, kami juga akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan bahawa sebarang penzahiran atau pemindahan akan dijalankan dengan cara yang selamat dan terjamin. Langkah keselamatan tersebut termasuk penyulitan data semasa penghantaran, pelaksanaan mekanisme pengesahan berasaskan token, pengurusan kawalan akses melalui sistem Identity and Access Management (IAM) dalam Google Cloud Platform (GCP), semakan berkala untuk membuang hak akses yang tidak perlu atau berlebihan, dan penggunaan firewall atau kawalan keselamatan rangkaian lain.
 

6. Keselamatan Data Peribadi Anda


NUVEQ akan mengambil langkah keselamatan yang munasabah dan sesuai untuk melindungi Data Peribadi anda daripada akses, penzahiran, pengubahan, atau penghapusan tanpa kebenaran. Sebagai tambahan kepada langkah-langkah yang dinyatakan di atas, NUVEQ juga mengamalkan amalan dan piawaian keselamatan awan yang diiktiraf oleh industri untuk melindungi Data Peribadi anda. Kami mengambil langkah keselamatan yang munasabah dan sesuai untuk memastikan sebarang penzahiran Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga dilaksanakan dengan cara yang selamat dan terjamin. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa tiada langkah keselamatan yang sempurna atau kebal sepenuhnya, dan tiada kaedah penghantaran data yang boleh dijamin daripada dipintas atau disalahgunakan. Sebarang maklumat yang dihantar secara dalam talian terdedah kepada pemintasan oleh pihak yang tidak dibenarkan. Oleh itu, kami tidak dapat menjamin keselamatan sepenuhnya sekiranya anda memberikan Data Peribadi secara dalam talian.


7. Laman Web dan Kuki


Kami juga menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pengguna di laman web kami. Kuki ialah fail teks kecil yang mengandungi sejumlah kecil maklumat yang dimuat turun dan disimpan pada peranti pengguna anda seperti komputer, telefon pintar atau tablet. Kuki dan teknik serupa ini kadangkala diperlukan untuk mengingati tetapan akaun, bahasa dan negara anda, tetapi juga membolehkan kami mengukur dan menganalisis tingkah laku anda dan digunakan untuk memaparkan iklan yang diperibadikan kepada anda di laman web kami atau di laman web pihak ketiga.
 

Jika perlu, anda akan diminta untuk memberi persetujuan terhadap penggunaan kuki oleh kami. Anda boleh memilih untuk menolak kuki melalui tetapan pelayar anda, walau bagaimanapun anda mungkin tidak dapat mengakses atau menggunakan fungsi-fungsi tertentu di laman web kami.


8. Penyimpanan dan Pelupusan Data Peribadi
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan. Setelah tujuan tersebut dipenuhi, kami akan terus menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh tambahan selama tujuh (7) tahun untuk mematuhi keperluan undang-undang, pengawalseliaan, perakaunan, atau perniagaan. Selepas itu, Data Peribadi anda akan dilupuskan secara selamat.
 

9. Hak Anda – Akses, pembetulan dan aduan


Jika anda ingin:


• membuat sebarang pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan Data Peribadi anda;
• meminta akses, kemas kini atau pembetulan terhadap Data Peribadi anda; atau
• menarik balik atau mengehadkan persetujuan anda terhadap pemprosesan atau penggunaan Data Peribadi anda oleh kami (termasuk untuk pemasaran langsung) seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
 

anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di dpo_nuveq@hhq.com.my


Sebarang permintaan akses kepada Data Peribadi anda mungkin tertakluk kepada sesuatu fi dan kepada keperluan di bawah PDPA. Sila ambil maklum bahawa NUVEQ boleh menahan akses kepada Data Peribadi anda dalam keadaan tertentu, sebagai contoh apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, anda akan dimaklumkan mengenai sebab-sebab permintaan anda tidak dapat dipenuhi. Apabila anda menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda atau meminta untuk mengehadkan pemprosesan tersebut, sila ambil maklum bahawa perkara ini boleh menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan Produk dan Perkhidmatan kami kepada anda atau terus melaksanakan sebarang kewajipan kontrak. Walau bagaimanapun, kami boleh terus memproses Data Peribadi anda setakat yang dibenarkan di bawah PDPA, termasuk apabila pemprosesan tersebut diperlukan untuk pelaksanaan kontrak yang anda menjadi pihak kepadanya, untuk mengambil langkah atas permintaan anda sebelum memasuki kontrak, untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang, atau untuk melaksanakan sebarang fungsi yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang.

10. Perubahan kepada Notis Ini


NUVEQ boleh menyemak semula Notis ini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa Notis ini selaras dengan perkembangan masa hadapan kami, trend industri dan/atau sebarang perubahan kepada keperluan undang-undang atau pengawalseliaan. Semua perubahan kepada Notis ini akan diterbitkan di Laman Web NUVEQ. Anda digalakkan untuk melayari Laman Web kami dari semasa ke semasa untuk memastikan anda sentiasa sedia maklum tentang Notis terkini kami. Dengan berinteraksi dengan kami atau terus menggunakan Produk dan Perkhidmatan kami, anda dianggap telah bersetuju terhadap pindaan yang dibuat kepada Notis ini.


11. Bahasa


Notis ini dikeluarkan dalam kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


Tarikh Berkuat Kuasa: 06 May 2026
Tarikh Semakan Terakhir: 11 May 2026

bottom of page